Wednesday, December 31, 2008

Keputusan PMR 2008...suka dan duka

Sekalung tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar tingkatan 3 SMKS18 yang telah mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan PMR yang lalu. Tidak lupa juga buat mereka yang tidak mendapat keputusan seperti yang diimpikan, jadikanlah ia sebagai iktibar dan pengajaran serta ujian untuk lebih berusaha dan memperbaiki diri pada masa akan datang. Tidak semestinya mereka yang kurang cemerlang pada hari ini tidak boleh menjadi lebih cemerlang pada masa hadapan.
Buat pelajar-pelajar ASRAMA diucapkan sekali lagi tahniah khususnya mereka yang mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab Komunikasi kerana masih diberi ruang oleh Allah SWT untuk kekal sebagai penghuni asrama ini (sekiranya tidak berpindah sekolah). Bagi mereka yang tidak mencapai sekurang-kurangnya gred C, tidak lagi menjadi sebagai penghuni asrama SMKS18 bukanlah satu pengakhiran tetapi sebenarnya sebagai satu permulaan...penghijrahan. Kemungkinan bersempena Ma'al Hijrah 1430H ini dapat memberikan satu pembaharuan dan penambahbaikan khususnya dalam menghadapi alam baru di tingkatan 4 dan seterusnya.

* PELAJAR YANG MENDAPAT GRED D DALAM MATAPELAJARAN BAHASA ARAB PMR SECARA OTOMATIK TIDAK LAYAK UNTUK DITAWARKAN ASRAMA DI TINGKATAN 4

No comments: