Thursday, January 15, 2009

PENDAFTARAN TINGKATAN SATU ( Panggilan Kedua )

Selamat datang kepada pelajar-pelajar tingkatan satu bagi panggilan kedua ke asrama SMK Seksyen 18 Shah Alam. Semoga kehadiran anda semua dapat memeriahkan lagi suasana ukhuwwah yang sedia terjalin selama ini.

Wednesday, December 31, 2008

Keputusan PMR 2008...suka dan duka

Sekalung tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar tingkatan 3 SMKS18 yang telah mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan PMR yang lalu. Tidak lupa juga buat mereka yang tidak mendapat keputusan seperti yang diimpikan, jadikanlah ia sebagai iktibar dan pengajaran serta ujian untuk lebih berusaha dan memperbaiki diri pada masa akan datang. Tidak semestinya mereka yang kurang cemerlang pada hari ini tidak boleh menjadi lebih cemerlang pada masa hadapan.
Buat pelajar-pelajar ASRAMA diucapkan sekali lagi tahniah khususnya mereka yang mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab Komunikasi kerana masih diberi ruang oleh Allah SWT untuk kekal sebagai penghuni asrama ini (sekiranya tidak berpindah sekolah). Bagi mereka yang tidak mencapai sekurang-kurangnya gred C, tidak lagi menjadi sebagai penghuni asrama SMKS18 bukanlah satu pengakhiran tetapi sebenarnya sebagai satu permulaan...penghijrahan. Kemungkinan bersempena Ma'al Hijrah 1430H ini dapat memberikan satu pembaharuan dan penambahbaikan khususnya dalam menghadapi alam baru di tingkatan 4 dan seterusnya.

* PELAJAR YANG MENDAPAT GRED D DALAM MATAPELAJARAN BAHASA ARAB PMR SECARA OTOMATIK TIDAK LAYAK UNTUK DITAWARKAN ASRAMA DI TINGKATAN 4

AL FATIHAH....

Pihak sekolah dan asrama khususnya ingin merakam ucapan takziah buat keluarga bekas pelajar asrama atas pemergian ahli keluarga mereka ke rahmatullah kerana terbabit dalam kemalangan di Lumut, Perak pada awal pagi tadi. Mereka ialah

1. Mohd Izuddin Khair Mohd Yusof ( SPM 2005 - pelajar asrama batch Norazam )
2. Mohd Yusof Semat ( bapa )
3. Rosni Ariff ( Ibu )


Keadaan Mohd Hafizul Khair pula kita sama-sama doakan agar dia dalam keadaan stabil. Semoga keluarga allayarham semua diberikan kesabaran dan tabah menghadapi ujian ini dan kita doakan roh mereka sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah SWT...Al Fatihah

Monday, December 29, 2008

ASRAMA SMK SEKSYEN 18

MAKLUMAT TERBARU (ASRAMA)


1. BAYARAN MAKANAN ASRAMA SEBANYAK RM 1.OO SEHARI DIKENAKAN SEPERTI BIASA MENGIKUT SURAT PEKELILING IKHTISAS TERBARU BERRTARIKH 17 DIS 2008.


BAYARAN MAKAN ASRAMA BAGI TAHUN 2009 ADALAH SEPERTI BERIKUT:


2. KEPADA SEMUA AJK ASRAMA TINGKATAN 4 DAN 5 TAHUN 2009, SILA HADIR AWAL KE ASRAMA PADA 4 JANUARI 2009 INI BAGI MEMBANTU URUSAN PENDAFTARAN TINGKATAN 1.(SILA BERADA DI ASRAMA SEBELUM PUKUL 10.00 PAGI) .TQ

PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 (ASRAMA) 2009

HARI : AHAD (4 JANUARI 2009)

MASA : 12.00 TGH - 3.00 PETANG

Friday, December 26, 2008

SAMBUTAN KEMERDEKAAN


Semangat kemerdekaan membara

deklamasi sajak

semangat guru kita menyanyi lagu tema merdeka

Wednesday, December 24, 2008

ASRAMA SMK SEKSYEN 18

PENDAFTARAN ASRAMA BAGI PELAJAR LAMA
( TINGKATAN 2, 3 DAN 5 TAHUN 2009 )


HARI : AHAD

TARIKH : 4 JANUARI 2009

MASA : 4.00 PETANG HINGGA 6.00 PETANG

TEMPAT : DEWAN MAKAN ASRAMA PUTERA (PELAJAR PUTERA)
DEWAN MAKAN ASRAMA PUTERI (PELAJAR PUTERI)

PERHATIAN : BAYARAN ASRAMA ( SILA LIHAT MAKLUMAT TERBARU )